Tiada lagi pembayaran di kaunter mahkamah 

0
19
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Modul Pembayaran Denda Dalam Talian (e-Denda) secara rintis akan diperluaskan secara menyeluruh dan berperingkat di semua mahkamah rendah di Semenanjung bermula 12 Mei hingga 26 Mei ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan modul itu membolehkan orang awam untuk tidak perlu ke kaunter pembayaran mahkamah, sekaligus dapat mempercepatkan proses pembayaran denda dan pembebasan tertuduh.

“Mahkamah yang terlibat adalah Mahkamah rendah bagi Pahang, Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Putrajaya, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, katanya, proses penyelesaian pembayaran denda boleh dilaksanakan dalam talian menggunakan Financial Process Exchange (FPX) melalui portal Sistem eKehakiman di https://ecourt.kehakiman.gov.my.

Dalam pada itu, katanyaorang ramai yang mahu memahami tatacara penggunaan modul e-Denda boleh melayari Portal Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my atau menghubungi talian 03-27331313.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here