Tiada paksaan ke atas warga emas untuk ambil dos penggalak kedua

0
8
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kerajaan tidak akan memaksa warga emas yang berisiko tinggi mengambil suntikan dos penggalak kedua.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu terlibat diberikan pilihan sama ada untuk mengambilnya atau tidak bagi menambah perlindungan terhadap gejala serius Covid-19.

“Ini pilihan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan sahaja. Jangan kata saya paksa… Saya cuma nak pastikan warga emas kita dapat perlindungan yang terbaik, terutama bila anda semua balik kampung ramai-ramai nanti,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, KKM juga telah mula menggunakan ubat antiviral Paxlovid sebagai terapeutik untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi bagi melindungi pesakit berkenaan daripada gejala serius.

Tambahnya, ubat antiviral berkenaan bertujuan merawat pesakit dan bukan sebagai pengganti vaksin serta memaklumkan KKM akan membeli lebih banyak ubat rawatan itu.

Khairy turut berkata, beliau akan mengumumkan perkembangan terbaharu berkenaan sambutan Aidilfitri termasuk beberapa pengumuman lain pada minggu depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here