TMJ akan jumpa Rina Harun esok

0
22
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan berjumpa dengan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun esok untuk membincangkan isu kes remaja sindrom down, Bella.

Tunku Ismail bertitah demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya hari ini.

“Esok saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Rina Harun untuk membincangkan isu kes Bella dan mendapatkan taklimat terkini mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kes sebegini tidak lagi berlaku,” titah baginda.

Kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini

Semalam, Tunku Ismail bertitah untuk menawarkan khidmat peguam untuk menjalankan arahan memerhati dalam perbicaraan kes penderaan melibatkan Bella.

Kes mahkamah melibatkan remaja malang itu mendapat perhatian orang ramai apabila saksi mendedahkan Bella didera dengan teruk oleh tertuduh.

Lebih membangkitkan kemarahan warga maya selepas tertuduh dalam kes tersebut dikatakan diwakili oleh 10 peguam dan mempersoalkan kewajaran peguam terbabit mempertahankan anak guamnya yang didakwa mendera seorang remaja berstatus OKU dengan teruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here