Varian XE belum dikesan di Malaysia, KKM sedia tukar strategi jika perlu

0
25
Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil langkah sewajarnya dalam menangani penularan varian baharu Omicron yang dinamakan varian XE.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu termasuk membuat penilaian terhadap tahap kebolehjangkitan dan keseriusan kesan jangkitan varian itu.

Bagaimanapun katanya, varian yang baharu dikesan di Thailand itu masih belum dikesan di negara ini.

“Setakat ini kita masih belum ada maklumat apakah ciri-ciri varian baharu ini. Biasanya kita akan melihat kepada dua aspek iaitu kebolehjangkitan dan keseriusan.

“Kalau keseriusannya tinggi, sampai yang dijangkiti kena masuk hospital kita punya cara kawalan Covid-19 akan ditukar,” katanya dalam sidang media KKM di Facebook hari ini.

Beliau sebelum itu membuat lawatan rasmi ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Khairy berkata, buat masa ini KKM masih mempraktikkan strategi kawalan jangkitan yang sama memandangkan varian tersebut masih terlalu baharu dan tiada maklumat mengenai tahap keseriusannya.

“Untuk varian ini kita kena tengok dahulu negara lain sama ada kebolehjangkitannya dan keseriusannya lebih tinggi, barulah kita ambil langkah sepatutnya.

“Buat masa ini, varian ini belum ada di Malaysia, jadi strategi kita tetap sama,” katanya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here