[VIDEO] Alunan bacaan al-Quran selama 24 jam di ibu pejabat Brainy Bunch

0
21
Ustaz Muhammad Uwais (berdiri) memerhatikan kakitangan ibu pejabat Brainy Bunch menyempurnakan bacaan mereka, hari ini.

CYBERJAYA – Alunan bacaan al-Quran bergema di ibu pejabat Brainy Bunch di sini bersempena dengan majlis khatam al-Quran dan sambutan Nuzul al-Quran, hari ini.

Program tersebut yang bermula pukul 9 pagi tadi akan berlangsung selama 24 jam dan dijadualkan tamat esok pagi.

Alunan bacaan al-Quran selama 24 jam di ibu pejabat Brainy Bunch

Menurut koordinator majlis, Muhammad Uwais Alfawwaz Mohd. Gunawan, majlis yang diberi nama Quran Marathon itu turut dihadiri Presiden Kumpulan Malakat Eco dan Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim.

“Maksudnya, alunan bacaan al-Quran akan berterusan sepanjang 24 jam dalam bangunan ini.

“Inisiatif ini diadakan supaya kita semua dapat mengambil keberkatan al-Quran pada bulan Ramadan ini,” kata Muhammad Uwais.

Beliau menambah, majlis kali ini disertai oleh semua golongan kakitangan di ibu pejabat, termasuk petugas am, petugas kebersihan dan juga tukang masak.

“Kita mahu memberi peluang kepada semua kakitangan kita, untuk turut sama mengimarahkan bulan Ramadan, jadi kita adakan jadual supaya semua kakitangan akan membaca mushaf secara bergilir.

“Mungkin jika di waktu biasa agak susah untuk mereka membaca mushaf, tetapi pada kali ini mereka boleh berhenti melakukan tugasan buat sementara waktu dan fokus pada menambah amalan mereka,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here