[VIDEO] BBISKL anjurkan sesi taklimat ibu bapa

0
12
Antara ibu bapa yang hadir pada sesi taklimat BBISKL di Taman Melawati, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Brainy Bunch International Islamic Montessori School Kuala Lumpur (BBISKL) hari ini menganjurkan sesi taklimat buat ibu bapa bakal pelajar sekolah tersebut.

Sesi yang berlangsung seawal pukul 9 pagi itu diisi dengan sesi penerangan mengenai struktur organisasi sekolah, sistem pendidikan termasuk ko-kurikulum dan juga struktur yuran.

BBISKL anjur Hari Terbuka

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim, pihaknya amat berbesar hati menerima kunjungan ibu bapa yang hadir kerana menunjukkan minat mahu mendaftarkan anak mereka di kampus berkenaan.

“Ramai ibu bapa yang sempat saya temui hari ini menyatakan kegembiraan mereka kerana kita dapat juga beroperasi di Kuala Lumpur,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, hari ini.

Coach Fadzil menyampaikan taklimat kepada ibu bapa yang hadir pada sesi hari ini.

“Saya turut menerangkan kenapa sekolah ini dibuka, kerana kita mahu menghasilkan anak-anak yang taat pada Allah, dan ikut cara Nabi Muhammad S.A.W.

“Perkara ini memerlukan proses pemahaman ibu bapa mengenai ‘The Big Plan’ terhadap anak-anak mereka,” jelas Coach Fadzil.

Brainy Bunch merupakan cabang pendidikan kumpulan Malakat Eco, dan turut mengoperasikan sebuah lagi sekolah antarabangsa di Cyberjaya.

Menurut Coach Fadzil, kelebihan BBISKL jika dibandingkan dengan kampus Cyberjaya adalah kemudahan sedia ada.

Terletak di Taman Melawati, kompleks BBISKL meliputi kawasan seluas 8.4 ekar yang dilengkapi dengan kemudahan pusat sukan, dewan makan, dan juga kolam renang.

BBISKL dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here