Video raya pondan: Menteri Agama mahu jumpa Alif Syukri

0
67
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menasihatkan rakyat Malaysia untuk menjaga sensitiviti kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan batasan terhadap hiburan susulan video lagu raya seorang ahli perniagaan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Beliau dalam dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya berharap untuk bertemu dengan dengan pemilik video itu sebagai tanda ingatan dan ukhuwah.

“Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhuwah sesama Islam, dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dalam pertemuan ini. Insya-Allah.

‘Klip video itu yang diringi watak penari jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal setelah menempuh ujian dan tarbiah dalam bulan Ramadan.

“Saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana ketika semua umat Islam teruja untuk mengejar 10 malam terakhir Ramadan mencari sebanyaknya pahala, seolah-olah isu ini saya khuatir menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar rahmat takwa ini,” katanya. 

Klip video ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ itu menunjukkan aksi beberapa penari lelaki bergelek dengan ada antaranya memakai singlet tetapi bersongkok.

Di samping itu, beliau juga menasihatkan agar klip video seumpamanya dikeluarkan daripada siaran di mana-mana platform media atau ditetapkan pada mod privasi untuk tatapan peribadi pemilik sahaja. 

“Saya yakin ia mampu memberi jiwa besar dan hati lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama yang tidak rugi pun jika kita menurutinya, malah insya-Allah akan melapangkan lagi rezeki kita,” katanya. 

Dalam pada itu, isu ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dibawa kepada pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here