Wang pengeluaran khas KWSP dikredit ke akaun bank mulai hari ini 

0
292
Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

CYBERJAYA – Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 akan dikreditkan secara berperingkat bermula hari ini.

Menurut KWSP, pengkreditan wang ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

“Orang ramai juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal pengeluaran khas https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pemohon yang membuat permohonan pengeluaran pada awal April lalu boleh mula menyemak akaun bank mulai hari ini.

KWSP dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan, sebanyak 5.3 juta permohonan diterima sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here