Warga emas bakar diri berhampiran sekolah

0
58
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

CYBERJAYA – Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas dikatakan membakar dirinya berhampiran Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di Persiaran Bercham Timur, Ipoh, hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.44 pagi.

“Sebaik menerima panggilan, sepasukan amggota terus dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati seorang lelaki berusia 74 tahun disyaki membakar dirinya menggunakan petrol,” kata jurucakap berkenaan.

Berikutan itu, anggota bomba bertindak memadamkan api sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.15 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here