Warga emas diberi pilihan ambil dos penggalak kedua – KJ

0
54
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi dan berisiko tinggi boleh diberi pilihan untuk mengambil dos penggalak kedua.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian dos penggalak kedua itu kepada segelintir kelompok individu sebagai kumpulan penerima pertama adalah berlandaskan syarat tertentu.

Beliau berkata, antara kelompok penerima pertama itu merangkumi golongan warga emas yang mempunyai komorbiditi atau sihat tubuh badan, selain pengembara ke luar negara.

Katanya, pengambilan suntikan imunisasi dos keempat bagi golongan berkenaan adalah atas dasar sukarela.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here