Al-Jufferi kenang kesakitan anak lawan kanser ketika bertanding

0
58

HANOI – Semangat juang pesilat negara, Mohd. Al-Jufferi Jamari yang mengalami kecederaan bahu ketika bertanding tidak menjejaskan langsung rentaknya, bahkan berjaya membawa pulang sebutir pingat gangsa SUkan SEA ke-32 dari acara acara pencak silat Kelas F (70-75kg).

Dalam pusingan separuh akhir menentang pesilat Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid hari ini, Al-Jufferi yang mengalami kecederaan pada bahunya pada pusingan terdahulu, tewas 21-26.

Beliau tewas setelah dikenakan tolakan mata akibat penalti setelah pukulannya terkena pada muka lawannya.

“Saya kuat sebab anak. Kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser, dia lagi kuat sebab dia budak kan.

“Umur 2, 3 tahun dah kena kanser, kena kemo, saya tengok dia lemah, letih.

“Saya nangis, dia usap sambil kata ayah jangan nangis. Jadi, saya kena macam ni (di bahu) takkan saya tak kuat…” kata Al-Jufferi kepada pihak media selepas perlawanan tersebut.

Sementara itu, pasukan pencak silat negara berjaya memenangi tiga lagi pingat gangsa dalam acara tanding menerusi Hazim Ahmad dari Kelas C (55-60kg), Ahmad Atif Irsyad Ahmad Zahidi dari Kelas D (60-65kg) dan Fauzi Khalid dari Kelas G (75-80kg).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here