Azizulhasni selamat jalani pembedahan jantung

0
183
Sekeping foto yang dikongsi Datuk Azizulhasni Awang selepas selamat menjalani pembedahan jantung di sebuah pusat perubatan di Melbourne, Australia hari ini.

CYBERJAYA – Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang selamat menjalani pembedahan jantung di sebuah pusat perubatan di Melbourne, Australia hari ini.

Dalam satu perkongsian menerusi laman Facebooknya, pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkongsi sekeping foto keadaannya terkini di dalam wad hospital.

“Aku bersyukur dengan segala nikmat dan ujian dari Mu Ya Allah.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan, “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang jujur dan sesungguhnya Dia benar-benar mengetahui orang-orang yang dusta
(29:2),” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, Team Malaysia dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya berkata, keadaan Azizulhasni kini bertambah baik selepas menjalani pembedahan itu.

“Difahamkan Datuk Azizulhasni Awang menghidap coronary artery anomalies (anomali arteri koronari) tetapi beliau telah menjalani pembedahan yang berjaya.

“Kini beliau masih sedikit lemah tetapi keadaan semakin baik & terus menjalani pemulihan. Semoga cepat sihat, Datuk,” katanya.

Penyakit anomali arteri koronari yang kerap menyerang atlet adalah disebabkan sekurang-kurangnya satu arteri koronari berada dalam keadaan yang tidak normal.

Abnormaliti itu biasanya melibatkan sama ada arteri yang asal atau jalur arteri yang lain.

Individu yang diserang penyakit itu akan mengalami gejala semasa latihan, seperti sakit dada atau sesak nafas, atau tidak sedarkan diri.

Penyakit itu boleh dirawat dengan pembedahan jantung, untuk memintas arteri yang terjejas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here