Beri cadangan dan teguran, bukannya menggelupur tak tentu pasal – Aminuddin

0
14

CYBERJAYA – Tindakan Tan Sri Rafidah Aziz menghentam keputusan kerajaan memperkasakan bahasa kebangsaan adalah satu tindakan ‘kolot’.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya berkata, Rafidah yang pernah memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sepatutnya mendokong usaha kerajaan dalam memperkasakan bahasa.

“Agenda pemerkasaan bahasa adalah agenda nasional yang perlu disokong penuh.

“Jika ada cadangan dan teguran, utarakanlah dengan konstruktif (dan) bukannya menggelupur tak tentu pasal,” kata Aminuddin dalam satu paparan di laman Facebooknya, hari ini.

Kata Aminuddin lagi, pendapat bahawa meminggirkan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi akan menyebabkan masalah komunikasi antara pelabur asing dengan pegawai kerajaan tidak lagi dapat diterima.

“Kononnya lagi (seperti biasa), seolah-olah penggunaan Bahasa Inggeris itulah faktor utama kejayaan dan kemajuan.

“Kita sudah hidup pada tahun 2022; zaman masing-masing bangga menonjolkan bahasa sendiri di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Pada Sabtu lalu, Rafidah menyelar cadangan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak yang mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here