BMF: Ramai memilih untuk tidak faham, pentingkan diri

0
26
Sikap sentiasa membandingkan ‘produk BMF” dengan produk massa adalah tindakan tidak adil.

SETIAP kali isu Buy Muslim First (BMF) kembali hangat, pasti ada sahaja pihak yang bersikap jelek seolah-olah mahu kempen itu berkubur dan terus dilupakan.

Komen-komen berbaur hasutan dan kebencian di media sosial jelas menunjukkan betapa tidak rasionalnya rakyat negara ini termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri.

Kita bukan lagi bercakap mengenai
tentangan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin DAP dan taikun-taikun perniagaan bukan Islam ketika kempen itu mula dilancarkan dahulu, tetapi sedihnya penolakan itu masih berlaku dalam kalangan pengguna Islam sendiri.

Kebencian kepada kempen yang dahulunya cukup digeruni oleh pemimpin Cauvinis sehingga dituduh sebagai tindakan ‘rasis ekonomi’ itu kini sudah tertanam dalam hati umat Islam sendiri.

Dalam kata lain, tidak perlu lagi campur tangan ahli-ahli politik dalam isu itu kerana orang kita sendiri telah menolaknya.

Cuma persoalannya adalah kenapa? Kenapa mesti ada segelintir bangsa kita yang cukup pantas dalam membangkang usaha-usaha yang dilihat ‘islamik’.

Siapakah golongan ini sebenarnya? Liberal, kurang pemahaman atau jenis yang pentingkan diri sendiri?

Mungkin dengan cara menentang arus itu menjadikan mereka nampak lebih bijak atau kritikal dalam sesuatu isu. Sedangkan mereka yang sebenarnya gagal menyelami perjuangan itu.

Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan langkah pertama mereka ke mana-mana premis BMF tidak lebih daripada untuk membuat perbandingan harga barang.

Harga barang bagi mereka adalah segala-galanya. Pendek kata, tolak tepilah segala perkara, kerana harga yang tak cantik pada mereka akan menjejaskan perbelanjaan keluarga.

Betul juga, tapi jika itu keadaannya. Tangguhkan sahaja hasrat untuk menyokong BMF, dan ‘kembali’ semula apabila ekonomi keluarga mula stabil. Buat sementara waktu, diam lebih baik daripada hanya tahu mengkritik.

Begitulah lemahnya penghayatan apabila fikiran dikuasai hasad dan sentiasa teruja untuk menjatuhkan orang lain. Sikap sinonim orang Melayu.

BMF tidak seharusnya difahami sebagai kempen, sebalik perlu diterima sebagai tuntutan agama. Ia bukan sesuatu yang wajib tapi digalakkan demi mengukuhkan ekonomi umat Islam.


Dalam menyahut seruan itu, setiap daripada kita sudah tentu mempunyai komitmen yang berbeza.

Ada yang berbelanja (secara BMF) setiap hari, ada yang setiap minggu dan ada yang mungkin beberapa bulan sekali.

Hakikatnya, pelaksanaan BMF adalah pilihan kepada kita umat Islam.

Sejauh mana kita mampu melaksanakannya, terpulang pada daya yang ada pada setiap individu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here