‘Bukan salah Cina, salahkan diri sendiri’

0
202
gambar yang tular di media sosial selepas pertemuan  Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bersama wakil penternak ayam

SAYA dapat mesej daripada kawan-kawan yang geram melihat mesyuarat wakil-wakil penternak ayam. Mereka kata, ‘kenapa tak ada ke orang Melayu? Mana pergi Bismi, LadangKu, Az-Zain?’ Pertama sekali, kita kena istighfar banyak-banyak dan ambil tanggungjawab.

Dalam hidup, kita mudah salahkan orang lain, marahkan orang lain tetapi kita tidak ambil tanggungjawab untuk merenung kesilapan kita, sebab kita akan dipertanggungjawab dengan tindakan kita.

Kita boleh marah mengapa orang Melayu tak berbuat sesuatu tetapi sendiri tidak berniat hendak buat apa-apa untuk mengubah keadaan kita. ‘ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kalau bangsa itu tidak hendak mengubah nasibnya sendiri.’

APA YANG TERJADI KERANA KITA SENDIRI

Inilah perkara yang kita kena betul-betul faham. Saya bukan hendak back-up bangsa Cina, tetapi kita hendak ambil tanggungjawab bahawa segala apa yang berlaku adalah kesan daripada tangan kita sendiri.

Kita boleh juga menyalahkan penjajah yang merosakkan. Sudah ratusan tahun mereka pisahkan kita dari bidang perniagaan. Saya berpeluang berbual dengan Dr. Zaharah, seorang pakar sejarah Malaysia.

Bukan salah Cina, tetapi salah kita. Salah kita apa? Kalau dahulu kita tidak merdeka dan hidup dalam keadaan dhaif, Tetapi sekarang kita sudahpun lebih 60 tahun merdeka. Orang Melayu telah diberi pelbagai bantuan oleh pihak kerajaan.

Tetapi salahnya ialah kita. Kita kena sedar. Pertama, kita kena istighfar. Kedua kita kena pertikaikan diri kita. Mengapa kita biarkan puluhan tahun urusan bekalan makanan halal diserahkan kepada mereka yang tidak beriman? Inilah masalahnya.

MAKANAN KITA DIURUS MEREKA TIDAK BERIMAN

Kita pegang undang-undang. Dari nombor satu hingga nombor ke-9, yang berkuasa dan meluluskan kesemuanya orang Melayu, orang Islam dan orang beriman. Tetapi mereka tidak berasa apa-apa pun bila kita serahkan urusan makanan halal kepada orang yang tidak beriman.

Orang yang tidak beriman ini berbeza. Kita tak boleh minta mereka ikut sebab mereka tidak beriman. Kedua, kenapa orang kita jauh sangat ekonominya? Kita jauh kerana mereka yang pandai berniaga, hanya berbisnes dengan kerajaan.

Yang kaya-kaya, jutawan dan bilionair yang kebanyakannya orang Melayu adalah peniaga-peniaga yang berurusan jual belinya adalah puluhan, ratusan dan jutaan. Selalunya mereka akan berniaga dengan kerajaan sahaja. Mereka tidak hendak keluar.

Sebab bisnesnya senang berbanding dengan membela dan menyembelih ayam yang lagi susah.

Kita ada orang seperti Coach Bahar, masya-ALLAH. Dia buat inisiatif sendiri. Tapi takkanlah kita tiada pakar? Pakar kita lagi hebat dari orang lain sebab kita ada penyelidik. Kita ada MARDI, UPM dan macam-macam.

KITA PERLUKAN PASAR SENDIRI

Tapi, kita yang berniaga, salahkan kita sendiri bukannya orang Cina kerana tak berusaha sepenuhnya untuk selesaikan urusan bekalan makanan, kita tak boleh tengok di ladang sahaja.

Kalaupun ada 1,000 ladang, tetapi pasar tempat jualan itu bukannya pasar kita, bagaimana hendak menjual? Tapi kalau kita buat pasar, seperti Coach Bahar… mengapa dia releks tak ada hal? Sebab dia jual sendiri pada orang kampung.

Kalau dia jual di pasar orang lain, maka dia akan ada masalah yang lebih besar. Kuncinya ialah, kita perlu memiliki pasar. Sebab itu kalau kita tengok apa yang Nabi saw buat, ‘Laqadna lakum fi Rasulilah uswatun hasanah’ ~ Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu teladan yang baik. Ikut apa dia buat, tak perlu fikir jauh. Nabi saw buat pasar. Baginda tak buat perbekalan.

KUASAI PASAR UNTUK KUASAI EKONOMI

Sebab, apabila kita kuasai pasar, kita kuasai ekonomi komuniti. Kalau kita tak kuasai pasar, walaupun ada barang yang betapa murah sekalipun, apabila kita masuk ke pasar orang, kita terpaksa ikut undang-undang dia.

Dia boleh kawal, dia boleh simpan barang, sorok barang dan macam-macam. Ini adalah kerana mereka berkuasa. Dia tak buat keputusan berdasarkan kepentingan kita. Sebaliknya dia buat keputusan atas kepentingan dia.

Saya baca banyak tulisan, surat yang ada mencadang dan menyalahkan itu, ini. Sebenarnya yang salah itu salah kita sendiri. Sebab kita biarkan urusan perbekalan ini kepada orang yang tidak beriman.

MEREKA TIDAK FAHAM HALAL-HARAM

Mereka ini tidak ada elemen iman dalam membuat keputusan. Itu bukannya salah mereka. Ayam yang kebanyakannya diragui halal, sebab apa? Sebab kebanyakan daripada pembekal ayam adalah mereka yang tidak beriman.

Orang yang tidak beriman tak tahu halal-haram. Kalau mereka tahu pun, kadang-kadang mereka buat tak tahu. Mungkin mereka buat betul tapi orang di bawah dia yang buat tak betul.

Pengiktirafan JAKIM kita pun sukar nak dapat. Tapi kalau segala dokumen permohonannya lengkap, kita boleh dapat. Kita tak ada pasar. Sebab itulah kami usahakan pasar kita. Banyaklah orang kata yang kita perlu dapatkan kuasa politik, kuasa memerintah terlebih dahulu untuk melakukan semuanya.

Tuan tuan, pada hari ini kuasa politik milik siapa? Orang Melayu, kan? PM siapa? Menteri-menteri kanan dan kiri pun orang Melayu. KSU-KSU siapa? Bukan orang Melayu? Nak tunggu siapa lagi?

Isu sekarang ialah isu pengguna. Kita kena berhenti mengharapkan pada orang lain. Tentulah kita kena betulkan iman yakin kita. Dan menyatukan sedikit kekuatan yang ada.

KITA TAK BERSUNGGUH JAYAKAN BMF

Kita dah banyak kali buat saranan. Contohnya baru-baru ini ada yang kata BMF tak berjaya sebab orang Melayu tak suka BMF. Inilah kesannya. Kalau tak berjaya ia adalah kerana kita yang tak menjayakan. Jangan salahkan orang lain. Kita sendiri lemah. Apa yang kita buat untuk memperkuatkan usaha-usaha usahawan kita?

Penternak ayam Melayu ini ramai. Tapi tidaklah seramai penternak bangsa lain. Mereka punyai kekuatan. Mereka dah melitupi ekosistem. Dari peringkat bekalan anak ayam. Jadi, kita kena tengok ekosistem keleseluruhannya. Saya tiada kekuatan kewangan untuk buat kesemuanya serentak.

SATUKAN KESEMUANYA UNTUK LEBIH KUAT

Kita dah ada kekuatan itu. Kita ada Koperasi PPIM, KoPPIM. Tapi ramai yang sibuk hendak buat koperasi. Koperasi yang kecil-kecil, apa yang boleh dibuat? Kalau hendak buat 1,000 kedai dengan satu jenama yang dikendalikan oleh 1,000 usahawan dengan satu jenama dan satu koperasi penaung, kita kena satukan duit.

Tapi ada yang kata sudah beri duit dalam KoPPIM tetapi tidak berjaya. Kami berniaga dalam keadaan yang bagaimana? Ali tak datang beli dari kami. Kita beli air mineral daripada siapa? Kita beli ayam daripada siapa? Kita beli barang makanan harian daripada siapa? Ada tak kita berniat hendak bantu kuatkan ekonomi orang kita? Kenapa kita kisah tak beli dengan siapa-siapa pun?

Kalau hendak jawab soalan ini, kita tak boleh jawab dengan fikiran. Kalau kata hendak beli barang, mestilah nak yang murah. Kalau mahal, susahlah. Saya setuju dan kita sedang usaha untuk dapatkan harga berpatutan.

Tapi kalau mahal sedikit, ia tidak akan merugi dan memskinkan kita dan tidak pula akan mengayakan kita. Belum ada orang yang beli barang yang murah, selepas 30 tahun dia jadi kaya.

APA ITU TIGA ‘S’ ?

Bukan salah Cina, tetapi salah kita. Kerana itu kita kena buat perubahan untuk ubah nasib kita sendiri. Jangan tunggu orang lain. Jom kita ubah tiga ‘S.’ Pertama, satukan Sedekah. Semua orang sedekah, paling tidak pun setiap minggu. Kalau boleh setiap hari.

Kedua, satukan Spending. Satukan perbelanjaan supaya kita boleh bina kekuatan. Jangan berbelanja di tempat orang yang tidak beriman jika tidak perlu. Kalau perlu, pergilah. Kita kena berkorban sedikit masa, pergi ke kedai kita yang jauh sedikit. Ketiga, satukan Savings iaitu pelaburan melalui platform koperasi dan lain-lain.

MEREKA MASIH MENJAJAH KITA

Perlu diingat, di Malaysia kita bukannya berperang dengan bangsa Cina. Kalau kita tengok data ekonomi, kita sebenarnya dikuasai dan dijajah oleh syarikat-syarikat asing. Syarikat-syarikat luar inilah yang menjajah dan menjarah ekonomi kita.

Mereka ambil emas bijih timah kita. England curi emas kita. Kita miskin. Kali ini mereka masih buat perkara yang sama. Dulu kita kena bayar ufti kepada Thailand. Ia dibayar sebagai duit perlindungan.

Kita kena bayar pada Thailand supaya Thailand tak serang kita. Hingga puluhan tahun kita kena bayar pada Thailand. Hari ini kita selamba sahaja membenarkan syarikat Thailand menguasai ekonomi negara kita.

Kita bukan bencikan orang luar. Malah kita menyintai mereka kerana sebab-sebab yang betul. Kita sendiri boleh jual apa yang mereka jual. Takkanlah ayam kita tak boleh jual, ikan kita tak boleh jual?

Buat apa kita beli dari mereka yang dah kaya? Jangan takut untuk beli di tempat lain kerana mereka dah kaya dah. Data pada 2019, menunjukkan daripada RM110 bilion perbelanjaan di sektor peruncitan, 60 peratus diperoleh oleh syarikat asing.

Sebab itu kita bukan berlawan dengan bangsa Cina. Mereka menguasai ekonomi kita sebab kita sendiri tidak mahu kuasai ekonomi kita. Dia buat dan dia dapat untung. Kita tak buat.

KITA BUKAN MALAS, TAPI RAJIN PADA HAL YANG LAIN

Kita bukan malas tetapi kita rajin di bahagian yang lain. Bahagian ekonomi ini kita tak buat. Bahagian makanan inilah kita tak buat. Negara kita import lebih RM50 bilion. Sekarang ini hendak longgarkan import. Pasaran dah terbuka. Apa yang kita hendak buat?

Jom kita ambil tanggungjawab. Kita tengok isu ini dengan penuh keimanan. Kita tengok apa yang Nabi SAW buat. Okey kita kuasai balik pasar-pasar kita. Kita satukan. Jangan semua nak buat pasar masing-masing.

Kalau tak mahu guna nama Malakat, okey aje, tak ada isu. Tapi kita kena ketepikan perbezaan. Fokus pada persamaan untuk kita saling membantu.

KEJAYAAN CINA BERGANTUNG PADA MELAYU

Untuk bangsa Cina, saya mohon kawan-kawan faham, kejayaan anda bergantung kepada kejayaan bangsa Melayu. Kalau fahamlah. Contohnya bila you buat perniagaan ayam, you kena ada rakan kongsi yang punyai ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus. Supaya dia boleh jaga uruskan hal-hal keimanan.

Tapi you nak ambil 100 peratus, dan jadikan Melayu jadi alibaba sahaja. Itu yang tidak betul. Orang Melayu pula kena jaga maruah. Tapi kalau nak jaga urusan halal, okeylah berkongsi.

Seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu untuk kurangkan ketirisan yang tak sepatutnya kepada syarikat-syarikat asing. Mereka tak perlu ada di sini untuk benda yang tak perlu. Biar mereka kecil sahaja.

Di Turki misalnya, ada McDonald’s. Pada waktu makan tengahari, McDonald’s kosong. Kita tak perlulah jadikan MsDonald’s tempat buruan utama kita. Malaysia punyai lebih banyak aneka makanan daripada Turki.

Saya tak bermaksud kita boikot McDonald’s. Tapi kita kurangkan kalau kita tak perlu. Saya nak beritahu yang kita kena ambil tanggungjawab ini bersama dan selesaikan isu ayam. Isu lain seperti ikan dan gandum juga kena diselesaikan dengan cara yang betul.

BANYAKKAN PASAR KITA

Isu kita adalah pasar. Bukan isu perbekalan, bukan pertanian atau barangan mentah. Siapa nelayan? Nelayan itu majoritinya orang Melayu Tapi siapa yang kaya kerana hasil tangkapan ikan? Mereka yang kuasai rantaian perbekalan, pasar dan juga modal. Sebab apa? Sebab mereka bersatu.

Kita kena fokus untuk ambil alih kembali pasar-pasar. Ia mesti dimiliki oleh kita. Pasar-pasar syarikat asing ini kita kurangkan. Mereka dah banyak duit. Kalau sekali sekala kita tak pergi pun tiada masalah. Mungkin setahun kita pergi 3-4 kali. Tapi kita ke pasar kita pada setiap bulan.

Kalau tiada pasar, kita bina bersama. Jom kita belajar ambil tanggungjawab. Jangan salahkan orang lain, samada orang Cina atau India. Mereka semua orang satu negara dengan kita. Mereka tak boleh ke mana pun. Ini adalah rakan-rakan kita.

Ayam segar yang dijual pada harga RM8.90 sekilogram dan terhad kepada 2 ekor setiap seorang ketika tinjauan di Malakat Grocer, Malakat Mall

Kenapa tiada orang Melayu dalam mesyauarat yang lepas bersama Kementerian Pertanian itu? Sebab mereka ada persatuan. Mereka kuat. Kita tiada. Kita ada macam-macam dewan tapi dewan kita tidak terkehadapan.

Atau kerajaan tak panggil pun mereka sebab kerajaan iktiraf yang besar-besar. Jadi jangan tunggu kerajaan. Walaupun kita boleh minta bantuan, jangan tunggu. Mulakan dengan 3S. Satukan Sedekah, satukan Spending kita dan satukan Simpanan kita.

KITA AKAN MULAKAN ROADSHOW

Insya-ALLAH dalam masa terdekat ini saya dan team akan turun roadshow bersama dengan KoPPIM dan Toqqi. Kita akan hidupkan balik beberapa bisnes yang kita dah lancarkan tetapi tidak boleh hendak gerakkan sebelum ini sebab PKP dan sebagainya.

Sekarang pasaran dah terbuka sepenuhnya. Inilah waktu untuk kita susun strategi dan laksanakan. Kita sama-sama ambil tindakan untuk ubah nasib kita.

CABARAN KITA HARI ESOK

Ekonomi akan jadi lebih teruk dan mencabar. Makanan akan berkurang dan sebagainya. Jadi kita patut ambil inisiatif sebelum keadaan menjadi lebih parah. Dengan apa yang ada walau sedikit, jom kita satukan sejuta keluarga untuk bina kekuatan untuk dapat balik kekuatan asas kita.

Jangan salahkan orang lain, Ambil tanggungjawab. Istighfar. Ini semua adalah tamparan dan ingatan buat kita supaya kita menilai semula iman dan usaha kita. Insya-ALLAH, DIA akan beri kita kekuatan.

Kepada rakan bangsa Cina, kena fikirkan macam mana boleh bantu orang Melayu. Cina-cina yang kaya aturkan program untuk bantu Melayu sebab nak kurangkan syarikat asing. Mengapa? Bila anda bantu kita baharulah kita boleh makmur dan bangkit kuat kembali.

Oleh Mohd Fadzil Hashim, Pengasas Malakat Mall

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here