Bukan thermos, saksi dakwa air panas Cuckoo punca Bella melecur 

0
108
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali hadir ke mahkamah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Foto-Farid Janudin

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa air panas yang tertumpah pada remaja kelainan upaya (OKU), Bella hingga mengakibatkan kecederaan bukan daripada termos, di sini, hari ini

Yasmin, 19, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinas Abbas, pada sesi pemeriksaan semula berkata, air panas yang membuatkan Bella melecur berpunca daripada mesin penapis air Cuckoo.

Menurut Zilfinas, semalam peguam bela ada menyatakan berkaitan air panas termos dan isu ini ditimbulkan ketika pemeriksaan balas Yasmin.

“Dalam pemeriksaan utama Yasmin cakap air panas dari mesin Cuckoo. Peguam bela mencadangkan air panas daripada termos. Yasmin menjawab tidak bersetuju. Boleh Yasmin jelaskan air panas ini dari mana?

“Lepas itu peguam bela Hafizah ada merujuk kepada dua laporan polis Yasmin. Bila peguam tanya berkenaan air panas tertumpah daripada termos di bilik laundry. Yasmin setuju. Boleh Yasmin jelaskan?

Yasmin menjawab, sebenarnya air panas ini daripada Cuckoo bukan termos.

Ketika disoal balas oleh peguam bela, Nurul Hafidzah Hassan, Yasmin memberitahu mahkamah tumpahan berkenaan berlaku ketika Bella bergaduh dengan seorang lagi penghuni Rumah Bonda bernama Balqis.

Saksi kelima pendakwaan itu selesai memberi keterangan hari ini dan akan dipanggil semula untuk membuat pengecaman terhadap saksi-saksi lain.

Saksi berkenaan memberitahu kecederaan melecur pada tubuh Bella adalah disebabkan air panas daripada penapis air Cuckoo, namun saksi itu memberitahu lecuran berkenaan adalah disebabkan tumpahan air panas daripada termos semalam.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali hadir ke mahkamah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Foto-Farid Janudin

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here