Cari daging lembu? Hanya yang halal, segar dan murah di Malakat Mall

0
13
Kakitangan Malakat Mall di Cyberjaya melakukan pemotongan daging yang tiba setiap hari.

CYBERJAYA – Daging segar halal daripada penyembelihan setiap hari. Itu jaminan Malakat Mall kepada pelanggan yang ingin mendapatkan bekalan daging di pusat beli-belah di sini.

Bukan itu sahaja, bekalan daging daripada penternak tempatan itu juga ditawarkan pada harga yang kebiasaannya lebih murah berbanding harga pasaran, sekitar RM2 hingga RM3 lebih rendah bagi setiap kilogram.

Bagi penduduk di daerah ini, Putrajaya, Puchong dan Sepang, bekalan daging segar yang tidak pernah ‘putus’ menjadi antara tarikan utama di Malakat Mall.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail berkata, permintaan daging segar mendapat sambutan baik dengan peningkatan sekali ganda sejak Ramadan yang lalu.

“Alhamdulillah, permintaan terhadap daging segar cukup baik dalam kalangan pelanggan.

“Bahkan bahagian jualan daging di sini menjadi tempat paling sibuk di mall ini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Hilmi Ismail

Hilmi berkata, perkembangan itu menjadi petanda yang cukup baik kepada keperluan sumber makanan yang halal khususnya kepada umat Islam.

Hal itu juga menurut beliau menambah semangat pihaknya untuk terus menambah baik mutu perkhidmatan kepada pelanggan selain jaminan halal tanpa ragu demi kemaslahatan umah.

“Urusan pembekalan daging kami memang dipastikan halal bermula dari sumber perolehan ternakan sehinggalah penyembelihan dan pemprosesan yang teliti dan bersih,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pelanggan yang meragui status daging import susulan pendedahan media berhubung penyelewengan status halal di luar negara baru-baru ini boleh mendapatkan bekalan di Malakat Mall.

“Saya menjemput orang ramai datang ke Malakat Mall untuk mendapatkan bekalan daging dalam pasar raya yang selesa, bersih dan ruang parkir yang disediakan percuma.

“Selain daging kami juga membekalkan ayam, ikan, pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang segar,” katanya.

Media tempatan pada April lalu mendedahkan isu sembelihan yang didakwa tidak mengikut piawaian ditetapkan Islam di Australia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here