Covid-19 : 2,605 kes baharu, 6 kematian

0
9
Ujian positif pada kit ujian Covid-19
Ujian positif pada kit ujian Covid-19. Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 2,605 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan angka kumulatif jangkitan meningkat kepada 4,463,740 kes.

Daripada jumlah itu, 2,601 kes melibatkan jangkitan tempatan manakala empat lagi adalah daripada pesakit yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam pada itu, KKM menerusi portal CovidNow melaporkan enam kematian baharu dengan tiga daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Sebanyak 1,250 kes pula dirawat di hospital dan 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 38 daripada 67 pesakit di ICU tersebut memerlukan mesin ventilator.

Sementara itu, sebanyak 2,014 kes sembuh dilaporkan pada Selasa dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,405,197 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here