Covid-19: Kes meningkat 100 peratus

0
35
Ujian positif pada kit ujian Covid-19

CYBERJAYA – Kadar peningkatan kes baharu dan kemasukan kes ke hospital akibat Covid-19 meningkat sebanyak 100 peratus selepas seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 
perkembangan yang telah dijangka itu membabitkan kes kategori 1 hingga 5 sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022.

Katanya, selain kenaikan mendadak kemasukan pesakit ke hospital awam, pertambahan juga dilihat pada kemasukan di fasiliti kesihatan seperti Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) iaitu  peningkatan sebanyak 38 peratus bagi nisbah 100,000 penduduk.

“Kes-kes positif Covid-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan CAC Maya di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan iaitu bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 87.4 peratus, sementara, bilangan kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 153.4 peratus.

“Manakala bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 28.2 peratus.

“Trend kes aktif Covid-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada ME 19/2022 juga menunjukkan peningkatan ketara iaitu meningkat sebanyak 162.4 peratus bersamaan 35,167 kes kepada 13,400 kes berbanding ME 18/2022,” katanya dalam satu kenyataan hari hari ini.

Beliau berkata, ekoran peningkatan kes dan kesemua indikator berkaitan wabak itu, KKM menyeru orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan.

Dr. Noor Hisham menjangkakan kes Covid-19 di negara ini akan terus meningkat dalam tempoh terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here