Dhabitah sumbang emas pertama Malaysia Sukan Sea Hanoi 

0
33
Atlet terjun wanita elit negara, Nur Dhabitah Sabri

KUALA LUMPUR – Atlet terjun wanita elit negara, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang pertama pingat emas pertama buat negara di Sukan Sea Hanoi dengan pungutan mata keseluruhan 290.45 mata jauh meninggalkan peserta lain.

Kejayaan Dhabitah Sabri turut diiringi rakan senegara, Kimberly Bong Qian Ping yang berjaya memperoleh pingat perak untuk acara berkenaan selepas memperoleh 230.0 mata.

Dia yang juga pemenang pingat emas Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 mempamerkan aksi konsisten dengan peserta lain dilihat tidak dapat memberikan saingan yang sengit kepadanya.

Dalam pada itu, peserta tuan rumah, Phuong Mai hanya sekadar meraih pingat gangsa dengan 224.0 mata.

Kem negara bermula dengan langkah kanan hari ini apabila menduduki tempat pertama dan dua dalam acara satu meter papan anjal individu wanita sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here