Elak banjir, 600 beg pasir dipasang di Jalan Rahmat

0
16
Keadaan di Jalan Rahmat susulan banjir kilat yang berlaku di kawasan berkenaan.

KUALA LUMPUR – Proses pemasangan beg pasir bagi mengelakkan air sungai melimpah sehingga menyebabkan banjir di Jalan Rahmat, Chowkit di sini.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan, kerja-kerja pemasangan itu siap dipasang sepenuhnya malam semalam.

“Urusan pemasangan beg pasir telah siap sepenuhnya di Jalan Rahmat malam ni juga. Semoga banjir kilat di kawasan ini dapat dielakkan atau setidaknya tidak sampai ke tahap yang serius,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerja-kerja pemasangan itu merupakan langkah sementara sebagai usaha untuk menangani banjir kilat di kawasan itu.

“Jalan Rahmat merupakan satu kawasan yang ditanda sebagai salah satu lokasi hospot banjir kilat di Kuala Lumpur. Ini disebabkan kedudukan kawasan berkenaan yang berada lebih rendah dari paras sungai.

Keadaan terkini selepas beg pasir dipasang

“Antara langkah interim bagi menangani banjir kilat yang diumumkan oleh Datuk Bandar baru-baru ini adalah pemasangan beg pasir, dan bagi Jalan Rahmat yang terletak bersebelahan sungai, sebanyak 600 unit beg pasir telah diletakkan di kawasan berkenaan sehingga kini. Jumlah tersebut akan ditambah lagi mengikut kesesuaian.

“Ini merupakan penyelesaian jangka pendek sementara menunggu pelaksanaan penyelesaian jangka panjang yang akan bermula tidak lama lagi,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here