Ezam Nor sertai BERJASA, bakal rancakkan lagi PRU-15

0
67
Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ezam Nor

CYBERJAYA – Bekas pemimpin PKR, Datuk Ezam Nor sah telah mendaftar sebagai ahli parti BERJASA pada 1 Mei lalu.

Menurut Setiausaha Agung BERJASA, Lukman Muhammad, penyertaan beliau akan dapat merancakkan lagi gerak kerja parti terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“BERJASA sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima masuk mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip parti

“BERJASA juga sentiasa terbuka dalam membentuk permuafakatan politik baharu yang lebih segar, sebagai solusi kepada kemelut kredibiliti dan konflik kestabilan politik yang melanda negara disebabkan ketamakan parti-parti utama besar negara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, beliau juga tidak terkejut dengan penyertaan bekas ahli UMNO itu kerana BERJASA sememangnya telah mencatatkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sejak setahun yang lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here