Faktor kenaikan harga dan pelaburan emas 

0
241
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pernahkah anda terfikir satu hari nanti wang kertas yang anda sedang pakai sekarang ini bakal kehilangan nilainya dan bakal digantikan dengan barang bernilai seperti emas?

Emas merupakan logam berharga yang tidak boleh dicipta dan hanya boleh diperoleh melalui aktiviti perlombongan untuk digunakan sebagai barang perhiasan dan barang dagangan.

Namun begitu, harga emas tidak menentu dan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga emas antaranya, situasi semasa ekonomi dunia, keadaan politik, pemintaan emas dan harga minyak semasa

Bagi faktor ekonomi dunia, harga emas akan meningkat apabila nilai wang kertas jatuh dan faktor ini dapat dibuktikan pada tahun 2008 orang lebih memilih menyimpan emas kerana merasa nilai wang kertas jatuh dan hasilnya harga emas melonjak naik.

Bagi faktor keadaan politik pula, harga emas akan dipengaruhi oleh kestabilan politik dunia seperti yang berlaku apabila Amerika melakukan perebutan kuasa ke Iraq orang yang khuatir akan kesan perang telah beralih ke emas sehingga mengakibatkan harga emas naik.

Harga emas juga boleh dipengaruhi oleh harga minyak yang mana kebiasaanya apabila harga minyak meningkat harga emas juga akan meningkatk sama namun kesannya tidak terjadi secara langsung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, Faizal Mohd Nor, ramai yang keliru apabila merujuk harga emas yang dinisbahkan dalam dolar AS dan menjangkakan harga emas di pasaran tempatan turut berubah seiring perubahan harga emas dalam dolar sedangkan realitinya tidak begitu

“Bagi pasaran Malaysia, harga emas banyak bergantung pada dua faktor utama iaitu harga emas dalam dolar AS yang didagangkan di pasaran komoditi seperti COMEX serta kadar pertukaran wang asing antara dolar AS dan ringgit.

“Hari ini nilai logam berharga itu diniagakan pada sekitar AS$1,688.85 sen satu aun hari ini dan emas untuk tujuan pelaburan pula perlu melepasi paras rintangan AS$1,900 seauns terlebih dahulu untuk menarik semula minat pelabur.

“Kemungkinan harga emas turun dalam nilaian dolar, tetapi di pasaran tempatan harganya mungkin meningkat disebabkan kemerosotan ringgit yang lebih dominan berbanding penurunan harga emas dalam dolar.

“Harga emas dalam dolar AS tahun ini akan banyak bergantung pada senario pasaran ekuiti utama dunia dan jika kebimbangan terhadap Covid-19 masih belum reda, tumpuan pelabur mungkin akan beralih pada kelas aset lain seperti emas,” katanya memetik laporan Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here