Filipina tahan lelaki didakwa pengganas gunakan pasport Malaysia

0
30
Lelaki itu didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan di bandar Lamitan.

MANILA – Pihak berkuasa Filipina berjaya menahan seorang lelaki yang memegang pasport Malaysia didakwa anggota kumpulan militan Abu Sayyaf pada 10 Mei lalu.

Lelaki berusia 53 tahun yang memegang pasport tercatat nama ‘Omar bin Harun’ itu didakwa rakyat Filipina dengan nama sebenarnya Airola ataupun Satar.

Suspek ketika ditahan pihak berkuasa Filipina.

Media tempatan melaporkan, nama lelaki pemilik pasport Malaysia itu tersenarai dibawah Terrorism Screening Centre, Biro Penyiasatan Persekutuan Filipina.

Difahamkan, suspek tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila pada 5.30 petang pada 10 Mei lepas bersama-sama isteri dan dua anaknya daripada Kuala Lumpur menggunakan penerbangan Philippine Airlines.

Pada mulanya beliau dilarang memasuki Filipina oleh pihak berkuasa di sana sebelum siasatan menunjukkan penglibatan beliau dalam satu kejadian keganasan yang berlaku di bandar Lamitan di selatan negara itu.

Beliau juga dipercayai terlibat dengan beberapa kejadian penculikan.

Pada Jumaat lepas, Brigadier Jeneral Jimili Macaraeg berkata bahawa lelaki pemegang pasport Malaysia itu telah ditahan di bawah tahanan rumah selepas siasatan menunjukkan beliau adalah rakyat Filipina yang menggunakan pasport Malaysia.

Maklumat perisikan serantau yang dipetik oleh media tempatan mendakwa, suspek itu termasuk dalam senarai anggota pengganas kerana penglibatan dengan lima lelaki rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti kumpulan Jemaah Islamiyah yang terlibat dalam pengepungan bandar Marawi pada 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here