Hanya jika umat Islam bersatu Palestin dapat dibebaskan – tegas Syeikh Muhyiddin

0
21
Perasmian Sidang Kemuncak Ulama (SKU) 2022 di Pusat Konvensyen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

SEPANG – Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Syeikh Muyhiddin Ali Qaradhagi mengingatkan para ulama bahawa sejarah menunjukkan al-Aqsa bakal kembali merdeka di tangan umat Islam sekiranya mereka bersatu.

Menurut beliau, peranan ulama dalam membentuk generasi Salahuddin seperti usaha Imam Al-Ghazali mengharmonikan isu perselisihan sesama mereka dalam menghadapi musuh daripada luar.

Selain itu, agenda ini juga turut disokong Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan perpaduan umat Islam seluruh dunia adalah penting dalam usaha membebaskan rakyat Palestin daripada penderitaan yang berterusan.

“Malaysia akan terus lantang bersuara dalam usaha membuka mata rakyat dunia bagi menghentikan kekejaman kepada rakyat Palestin.

“Umat Islam seluruh dunia bertanggungjawab sebagai saudara Islam bagi mengembalikan kedaulatan, hak, maruah dan keadilan kepada rakyat Palestin,” katanya ketika berucap sempena Sidang Kemuncak Ulama (SKU) 2022 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penasihat Agamanya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa SKU, Datuk Khairuddin Aman Razali, berkata, sidang ini merupakan platform penting bagi para ulama sedunia bagi menyatukan umat Islam dalam isu pembebasan Palestin.

“Perdana Menteri Malaysia, mengalu-alukan deligasi SKU 2022 dari seluruh dunia, sekaligus membuktikan bahawa Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan dan menyokong penuh usaha-usaha penyatuan umat dalam isu pembebasan Palestin,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Syeikh Hatim Helmi Bakri, berkata, bahawa al-Aqsa menjanjikan kemuliaan bagi sesiapa yang mengimarahkanya, menziarahinya dan membebaskannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here