Hapus AP: PM ambil langkah berani

0
56
Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall. Gambar fail oleh Farid Janudin

CYBERJAYA – Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memansuhkan permit import (AP) makanan secara serta-merta merupakan satu tindakan berani dalam menyelesaikan isu kenaikkan harga bahan mentah di pasaran.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya, tanpa permit import itu akan dapat menyelesaikan isu kekurangan bekalan, penyorokan dan lonjakan harga bahan mentah di pasaran.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah berani mengambil keputusan tepat memansuhkan AP makanan.

Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya

“Saya berharap ia akan menggalakkan suatu persaingan sihat dalam industri pembekalan bahan mentah,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan memutuskan untuk memansuhkan AP bahan makanan dari luar negara ke Malaysia berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

Dalam pada itu, Mohd. Hisamudin Yahaya turut melahirkan kesyukuran apabila cadangan itu yang pernah dibangkitkan dalam ucapan penggulungan di Dewan Negara pada 15 Disember tahun lalu akhirnya telah diterima pakai oleh kerajaan.

“Saya berkeyakinan tanpa permit import ini akan dapat menyelesaikan isu kekurangan bekalan, penyorokan dan lonjakan harga bahan mentah di pasaran.

“Ini sekaligus membolehkan nasib rakyat akan lebih terbela tanpa monopoli pihak tertentu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here