Harimau: Perhilitan Terengganu pasang 2 perangkap

0
19
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan harimau di kawasan bukit di Hulu Paka, Dungun, dekat sini.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, laporan mengenai perkara itu diterima susulan tular satu klip video di Facebook memaparkan seekor harimau yang sedang berkeliaran di kawasan hutan.

“Berdasarkan video yang dirakam oleh pengguna jalan raya itu, haiwan berkenaan dipercayai harimau belang betina dewasa dengan berat dianggarkan kira-kira 100 kilogram.

“Sebagai langkah berjaga-jaga dua buah perangkap telah dipasang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Kean Seong meminta kerjasama orang ramai supaya menghubungi Perhilitan sekiranya melihat kelibat haiwan berkenaan untuk tindakan lanjut.

Dalam video berdurasi 43 saat itu, seekor harimau dirakam berkeliaran di dalam kawasan semak berhampiran jalan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here