Hati-hati dengan pelaburan janji  keuntungan tetap – nasihat Pengasas Malakat Mall 

0
64
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam mempromosikan pelaburan yang memberikan jaminan pulangan secara mutlak atau tanpa risiko.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, segala bentuk pelaburan yang memberikan jaminan pulangan secara mutlak dan tidak bersandarkan dengan Allah adalah tidak menepati konsep pelaburan yang sebenar.

“Saya lihat ada yang mempromosikan pelaburan yang memberikan jaminan pulangan kepada pelabur dengan menawarkan kadar deposit tetap kepada pelanggan mereka, sebenarnya dalam Islam perkara ini adalah haram.

“Hal ini tidak bertepatan dengan ajaran Islam yang mana sifat makhluk itu lemah dan tidak boleh memberi sebarang jaminan, kerana Allah sahaja yang boleh menjamin,” katanya dalam satu siaran langsung di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, beliau tidak bermaksud untuk menafikan sandaran kepada Allah.

Namun begitu, jelasnya, setiap sandaran kepada Allah itu perlu bertetapan dengan ajaran Islam yang mana manusia tidak boleh menjamin secara mutlak kerana itu adalah sifat Allah.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai peluang perniagaan yang ditawarkan olehnya, beliau berkata, orang ramai sentiasa dialu-alukan berjumpa dengannya bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan.

“Sesiapa yang mahu berjumpa dengan saya silakan, tetapi boleh set masa dan tempat.

“Kalau nak jumpa saya selalu ada di Malakat Mall atau Brainy Bunch di sini,” katanya yang juga Pengasas CF Gold.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here