
SAYA tertanya mengapa ummah masih belum bangkit? Apa yang kita nak tunggu lagi? Apa lagi petanda yang kita hendak tunggu sampai nak bolehkan kita betul-betul bangkit?
Kita berada di hari-hari akhir Syawal yang penuh keberkatan. Kita nak belajar bagaimana nak fikir risau umat yang mendatangkan satu keinginan dan keyakinan bahawa kita kena buat sesuatu untuk ubah nasib umat.
Sebenarnya ALLAH dah hantar bermacam bantuan agar kita faham. Kadang-kadang kita tak faham. Dan mereka yang dah faham tidak diberi kekuatan untuk bertindak.
JATUHNYA EMPAYAR ISLAM TERAKHIR
Setelah kejatuhan Daulah Islamiah, rindu orang yang beriman ialah tentang kebangkitan semula Daulah Islamiah. Sebab, dunia aman bila Daulah Islamiyah yang memerintah â…” dunia lebih 600 tahun.
Kita hilang kerajaan Islam yang cukup besar setelah kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Turki pada 1922 lalu diganti dengan sistem demokrasi. Selepas dari itu banyak usaha yang dilakukan oleh pelbagai jemaah Islamiah di seluruh dunia untuk menghidupkan kembali kegemilangan Islam.
TAK SELESAI DENGAN CARA POLITIK
Cuma kebanyakannya masih guna pendekatan dengan cara menguasai politik. Semuanya nak jadi Presiden atau Perdana Menteri. Usaha itu berkali-kali gagal. Seperti Mursi yang Hafiz al-Quran, dia dijatuhkan di Mesir.
Melalui bacaan saya sebagai pelajar ITM. Saya mengkaji tentang Zionisme. Saya baca bagaimana Yahudi berjaya kerana kehidupan mereka azab. Mereka tiada negara, kena halau atau dibunuh.
Tetapi oleh kerana mereka ditekan, mereka buat satu perancangan yang kita semua tahu. Hingga ke hari ini mereka pegang seluruh sistem tanpa perlu memegang jawatan presiden di negara-negara utama. Kehebatan Zionis ini ialah kerana mereka bersatu.
Mereka tak tunggu semua umat mereka bersatu baru ada kekuatan. Tapi bila dia selalu fikir risau nak jaga kepentingan mereka, akhirnya mereka mempunyai kekuatan yang sangat hebat.
KENAPA TAK IKUT JALAN YANG DAH DIBERI?
Kita fikir itulah short formula untuk berjaya pada waktu itu. Hinggalah saya difahamkan oleh para guru dan ulama dan ayat-ayat Quran yang jadi pegangan saya pada hari ini. ALLAH dah tunjuk formula berjaya dalam al-Quran melalui ayat Laqad qanalakum fi Rasulillahi uswatun hasanah.
Kejayaan umat ialah dengan mengikut cara Nabi saw. Kalau tak ikut, tak akan berjaya. Islam itu bermula tanpa kekuatan. Yang ada hanyalah keyakinan dan keimanan yang sempurna kepada ALLAH.
Walaupun kita perlu ada duit dan modal, tetapi ia bukan punca kejayaan. Ia cuma sebahagian kecil dari punca kejayaan. ALLAH yang ada tak perlukan apa-apa. Tapi ALLAH akan beri bantuan kalau kita betul-betul ikut syariat dia.
Kalau kita duduk di zaman Nabi saw, kita boleh aje tanya dia. Tapi Nabi saw tiada bersama kita. Cuma kita ada pewaris iaitu para ulama yang ikhlas. Kita ada macam-macam dan ramai ulama. Semuanya kita kena raikan sebab mereka ada kekuatan masing-masing.
Mereka bukannya Nabi saw. Tetap panduan mereka harus dijadikan titik persamaan untuk disatukan. Dapat segelintir yang ingin bersama pun dah okey. Jangan tunggu. Kebanyakan gerakan Islam fokus kepada kekuatan politik sedangkan binaan-binaan akidah belum kukuh lagi.
Keyakinan kita ialah taat kepada ALLAH, ikut cara Nabi saw. Cuma cara Nabi ini siapa yang akan tentukan? Tentulah para ulama yang menjadi guru mursyid kita. Kita kena bina akidah yang sempurna.
Akidah yang sempurna akan melahirkan kekuatan untuk kita menyempurnakan ibadah kita yang lain. Bila susunan itu cantik, maka lahirlah akhlak yang mulia. Akhlak yang mulialah yang akan memecahkan hati manusia yang ego dan sombong.
BELUM BERJAYA KERANA SOMBONG
Kitalah manusia sombong itu. Sombong tak bertempat. Sebab kita sibuk nak viral di dunia sahaja. Tapi tidak dikenali oleh penduduk langit. Kerana itu kita kena hancurkan ego. Dan ia bukan senang. Bila orang puji jadi masalah, orang keji pun, masalah juga.
Sedangkan Nabi saw bukan setakat dihina tapi kena baling dengan batu. Dia kena lebih dahsyat dari itu. Saya cakap mengenai saya, para pemimpin, influencer dan guru-guru agama bahawa kita terlalu memfokus kepada diri.
SALAHKAN DIRI UNTUK NAMPAK KEBENARAN
Jadi kita kena menafikan kehebatan kita baharulah kita rasa tiada apa-apa, ALLAH sahaja yang berkuasa. Kalau berlaku perselisihan, mengaku salah sahaja. Ada seorang cikgu yang berjumpa saya.
Katanya, ‘I did not do any mistake.’ Saya kata, ‘You minta maaf aje.
You relaks. Sebab kalau you rasa yang you tak bersalah, you cannot see what you cannot see, you cannot see yourself.’
Kita mula proses dengan mengakui hahawa apa yang berlaku adalah salah kita. Bukan salah orang. Kalau orang tidak beriman kuasai ekonomi, bukan salah dia. Tapi salah kita. Dia orang tak nak tengok Islam sebagai agama, sebab salah kita.
Akhlak kita tak lahir dengan cantik. Sebab itu kita kena usaha untuk capai yang terbaik. Cintailah saudara seislam kita seperti mana kita mencintai diri kita sendiri. Ini untuk membuktikan apakah iman kita betul, ibadah kita betul.
Jagalah komuniti dengan kecintaan sebagaimana Rasul lakukan maka lahirlah cinta yang tak punyai batas iaitu cinta kerana ALLAH. Nabi telah sampaikan tarbiah iman dengan panduan ilmu dan bimbingan untuk para sahabat.
CONTOHI PENGORBANAN ANSAR & MUHAJIRIN
Maka berlakulah cinta yang luarbiasa di antara Ansar dan Muhajirin. Yang Muhajirin tinggalkan Mekah sehelai sepinggang. Golongan Ansar pula sedia bekorban memberi apa sahaja sebab cinta mereka dah sempurna.
Dan mereka hidup bersama, bersolat bersama. Bayangkan kalau kita solat bersama. Apakah kita akan lemah? Kita kuat. Kalau setiap kali saya bersolat, jemaah saya adalah team saya, pasti kita akan lebih kuat.
Lepas membina jemaah Ansar dan Muhajirin, Nabi buat pasar. Kita ikut sistem nabi saw. Kejayaan itu adalah kerana kita ikut cara nabi saw. Tak ada cara lain. Kalau kita tak faham maka kita ingat kejayaan itu hanya datang melalui kekayaan.
APA CARANYA NAK KEMBALIKAN KEKUATAN?
Umat boleh bangkit kalau ada RM1 bilion. Itu secara taktikalnya. Tapi kekuatan bukan datang daripada wang semata-mata. Kekuatan datang daripada penyatuan yang bekerja kerana ALLAH, bukan untuk diri sendiri.
Semua orang boleh lakukan. Jangan tunggu ulama sahaja yang lakukan. Kita menyatukan apa yang ada dan apa yang tiada pun. Korbankan masa. Dulu di zaman Nabi saw korban nyawa. Hari ini korban masa aje. Dan korban sharing, tekan button dan share.
KITA TAK GUNA KUASA YANG ADA
Mereka yang duduk dalam parti politik berasakan parti akulah yang akan membawa perubahan pada negara. Peringatan saya, by now… semua parti dah ada dalam kerajaan. Jadi apa yang kita nak bawa sebab semua parti yang memerintah itu parti orang Islam. Dari KSN, KSU, SUK sampailah kepada SUB, semuanya orang Islam.
Sebab apa tak boleh buat apa-apa?
Yang di Putrajaya pula majoritinya orang Islam. Yang buat polisi negara ialah orang Islam. Polis, tentera ramai yang Islam. Tapi kenapa tiada kekuatan? Sebab asas kita tak betul. Bukannya mereka tak betul, tetapi sistem yang kita ambil ini bukan sistem kita.
Kita ambil sistem UK dalam asas pembentukan negara kita. British pun dah tukar undang-undang tapi kenapa kita masih gunapakai asas undang-undang mereka? Pelik. Macam mana kita nak reset?
RESET: BALIK KE PANGKAL JALAN
Mula balik dari kosong. Mulakan dengan berjemaah. Kita berguru, sedia dibimbing, sedia ikut panduan syariat. Kita nak balik ke jalan ALLAH. Kita nak menuju ke syurga. Dengan cara itu barulah kita boleh bangkit.
Banyak orang hari ini hendak berkuasa dengan perasaan kerana aku boleh buat. Untuk berkuasa aku mesti rasuah. Tak apa rasuah dulu. Bila dah berkuasa baru nak banteras rasuah. Tapi bila dah dapat kuasa, memang tak dapat apa sebab dah tak ada keberkatan.
Sayalah di antara yang tak ada nama. Saya kecil sahaja
dibandingkan dengan mereka yang punyaan jutaan pengikut. Saya beri open invitation. Saya bukan ketua, tetapi sekratariat sahaja. Dalam perjumpaan kita nanti, kita usahakan lantik pemimpin.
JOM KITA MULAKAN!
Kita harap kita boleh lantik somebody yang datang pada hari itu untuk menjadi pemimpin gerakerja. Perjuangan ini bukannya perjuangan politik. Tapi kalau orang politik nak datang, dipersilakan.
Saya tak yakin dengan politik boleh buat perubahan melainkan jika ada asas. Ekonomi misalnya, kalau ia berasaskan kepada keimanan, kecintaan, akhlak yang mulia, maka ekonomi itu akan dipandu dengan iman.
Iman akan memberi kekuatan kepada siasah. Dia boleh melindungi kerana kita hanya hendak ikut cara Nabi. Dalam fardu kifayah dan muamalat, banyak benda yang kita lakukan bukan sahaja tidak patuh bahkan berperang dengan ALLAH.
Kalau kita berperang dengan ALLAH, macam mana kita nak syurga ALLAH? Jadi jomlah semua. Kita akan adakan Telegram Group. Saya juga bermesej dengan beberapa orang influencer, kawan-kawan yang saya kenal yang mungkin nak bersama.
Tengoklah siapa yang datang. Kalau tak ramai pun tak apa. Kita dah mulakan tetapi kita nak ajak yang lain. Malakat ini bukan milik saya. Cuma saya pegang amanah sahaja dan kalau tak nak pakai nama Malakat tetapi nak nama lain, kami terima.
‘Nama Coach tak payah duduk dekat depan. Okey saya terima.’ Semoga ini menjadi titik bersama untuk kebaikan umah yang sebenar. Kita susun dan kita menyatu apabila sampai masanya nanti.
SERANGAN SECARA GHAIB
Sekarang ni kita sedang dalam perang yang semua orang tak nampak. Kalau perang yang kita nampak, ada bom dan tentera, kita senang nak lawan.
Tapi perang jarak jauh ini jurus tanpa rasa. Kalau kita perasan, Covid 19 adalah asbab ramai mati. Mati kerana sakit, mati kena vaksin, mati juga. Mati kerana tak buat apa-apa pun mati juga.
Ekonomi secara individu terjejas termasuk saya sendiri. Kalau dulu ada juga simpanan, kini dah habis koyak. Nasib baik ALLAH bantu. Tapi ramai juga yang tutup dan rebah.
Ada yang berhutang beratus ribu, juta dan bilion bagi syarikat besar. Di peringkat negara pula kita masih terus meminjam hingga hutang dah meningkat ke trilion. Banyak negara-negara yang dah runtuh seperti Sri Langka dan Lubnan.
Turki yang bisnesnya okey, tetap dibunuh juga ekonominya. Turki hilang kekayaan hingga 60 % oleh kerana sistem yang mereka kuasai. Malaysia sedang bergerak ke arah itu juga.
Walaupun masih lagi kita ada orang-orang yang baik dan bagus dalam kerajaan tetapi oleh kerena kita hidup dalam sistem mereka, padang mereka dan undang-undang mereka, pengadil dia, yang jaga garisan dia, semua dia, pengulas pun dia.
Jadi dalam sistem yang begitu berstruktur, kita sukar berbuat apa-apa melainkan jika kita berhenti bermain. Walaupun bukan secara semerta, tapi gerak kerja kita mestilah selaras dengan undang-undang negara, undang-undang dunia.
Kalau mereka menyerang tanpa jurus, kita pun buat jurus tanpa bayang. Kita bercakap terus terang bukannya kerana nak buat apa-apa seperti menyerang. Sebaliknya nak menjaga diri. Ku anfusakum wa ahlikum nara.
Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka. Caranya ialah dengan kembali kepada asas. Ikutlah jalan Nabi, bukannya jalan lain. Umat Rasulullah hanya perlu buat sedikit sahaja, ALLAH yang akan bantu. Banyak terbukti.
KEKUATAN DALAMAN YANG KITA ADA
Ada pula orang kata yang kita tak mungkin dapat bersatu kerana Nabi dah doa dan ALLAH tak akan makbulkan penyatuan umat. Tuan-tuan yang mulia, kita kena tengok sejarah.
Zaman Uthmaniyyah itu bukannya zaman Nabi. Ada banyak kerajaan yang jatuh dan naik kembali. Dan yang terakhir tetapi tak begitu lama ialah di Turki. Kesannya dapat dilihat pada hari ini.
Kita boleh nampak kekuatan tetapi mereka sendiri tidak perasan yang mereka punyai kekuatan apabila mereka menjaga apa yang patut mereka jaga seperti akidah, iman, ibadah, akhlak, muasyarah dan komuniti. Maka mereka akan dicampakkan ALLAH kekuatan.
Saya ajak kawan-kawan semua berbincang buat posting masing-masing, idea masing-masing, mulakan bercakap tentang kebangkitan ummah. Ia perlu dilakukan beramai-ramai bukannya sendirian.
Cakaplah dalam versi kamu apa yang boleh. Buat poster, posting, share, hashtag. Sebab bila kita bercakap kita dah mula bertindak. Kita shaing pun dah mula bertindak.
DEADLINE: SABTU 11 JUN
11 Jun 2022 kita mula bertindak. Memang saya tak bincang sebab kalau kita bincang ia akan melalui proses yang mungkin tak menjadi lepas tu. Kita panggil semua datang kat pasar dan kita tengok.
Kita berusaha hingga berjaya. Tapi arwah Hj Aziz, MAPIM pernah berkata, Kita ini berjuang untuk dua natijah. Pertama, menang. Kedua, mati dalam perjuangan. Jangan mati dalam buangan!
Oleh Mohd Fadzil Hashim
Pengasas Malakat Mall