Ibu dan bayi 2 bulan maut kemalangan ngeri

0
85
Keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan ngeri di Putrajaya semalam

PUTRAJAYA – Seorang wanita bersama bayinya yang berusia dua bulan maut dalam satu kemalangan ngeri selepas kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan dan terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra, Puchong, petang semalam

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian pukul 2.45 petang itu, mangsa yang juga suri rumah, Amalina Azman, 32, meninggal dunia di Hospital Putrajaya manakala bayinya, Dzul Qarnain berusia dua bulan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, suami wanita itu, Mohd Iqbal Kamaruddin, 34, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika kejadian, Mohd Iqbal yang memandu kereta Perodua Myvi dari Shaftbury Putrajaya, Presint 1, hilang kawalan lalu melanggar penghadang air di bahu kiri jalan dan terbabas.

“Ketika kemalangan, lokasi jalan raya mempunyai tiga lorong dan tiga hala manakala jalan dipisahkan dengan garisan putih dengan keadaan cuaca baik serta jalan cerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here