IHP negara naik 2.3 peratus

0
11
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi pengukur aras utama kadar inflasi negara mencatat kenaikan 2.3 peratus pada April 2022.

Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kenaikan ketara dapat dilihat dalam kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol yang mengalami kenaikan hingga 4.1 peratus.

Kenaikan ini secara langsung memberi tekanan kepada inflasi makanan negara bagi April 2022 dan menjadi penyumbang kepada keseluruhan data IHP dan kepada kenaikan inflasi negara.

Di antara faktor yang mempengaruhi kenaikan mendadak itu adalah kekurangan bekalan, cuaca, serta harga makanan ternakan.

Di antara 2011 sehingga April 2022, purata inflasi negara berada pada paras 1.9 peratus.

Bagi aliran inflasi mengikut negeri, Selangor dan Putrajaya tertinggi pada kadar 3.1 peratus, Perak pada 2.4 peratus, diikuti Terengganu dan Pulau Pinang masing-masing pada kadar 2.3 peratus.

Sementara itu, Selangor dan Putrajaya turut mencatat peningkatan kadar inflasi makanan pada kadar 5.7 peratus, diikuti Pulau Pinang (4.4 peratus), Perak (4.2 peratus) dan Johor (4.2 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here