Ismail Sabri terima Ijazah Kehormat Doktor Perubatan

0
20
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Presiden Universiti Nihon, Dr Naoto Kato hari ini.

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon yang merupakan antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.

Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik Covid-19.

Ismail Sabri menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Universiti Nihon, Dr Naoto Kato.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, anugerah itu bukan hanya untuknya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan menghadapi pandemik Covid-19.

“Saya berbesar hati menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Nihon.

“Terima kasih kepada Datuk Bandar Sakamoto dan Encik Naoto di atas penganugerahan ini.

“Sesungguhnya anugerah ini bukanlah untuk saya sahaja, tetapi merupakan pengiktirafan untuk seluruh Keluarga Malaysia yang telah bersama-sama berperang dengan Covid-19, musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi apabila segala perancangan dan strategi yang telah ditetapkan menyebabkan Malaysia diiktiraf oleh Bloomberg and Nikkei sebagai salah satu negara terbaik untuk menangani pandemik Covid-19.

Beliau berkata, anugerah itu akan terus dikenang sebagai simbol yang mencerminkan ikatan persahabatan erat antara Malaysia dan Jepun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here