Jangan spekulasi kematian doktor di Pulau Pinang, biar polis siasat – Pengarah Kesihatan negeri

0
84
Hospital Pulau Pinang

CYBERJAYA – Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih susulan kematian seorang pegawai perubatan siswazah yang di tempatkan di Hospital Pulau Pinang pada 17 April lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Ma’arof Sudin, kes itu adalah di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah mengarahkan bedah siasat dijalankan.

“Adalah dimaklumkan bahawa kes ini adalah di bawah siasatan PDRM yang telah mengarahkan bedah siasat dijalankan.

“Bedah siasat telah dilakukan di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang. Laporan lengkap siasatan masih menunggu beberapa keputusan ujian makmal.

“Laporan akhir akan dikemukakan kepada pihak PDRM untuk membantu siasatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga meminta semua pihak menghormati pihak keluarga dan rakan-rakan mendiang.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here