Jika di luar negara cari makanan halal, kenapa di Malaysia tidak? – Coach Fadzil

0
13
COACH FADZIL

CYBERJAYA – Menjaga aspek halal dalam kehidupan bukanlah mengenai untung atau rugi, tetapi satu kewajiban fardu yang perlu diutamakan.

Presiden Kumpulan Malakat Eko, Coach Fadzil berkata, kesedaran untuk mencari sesuatu yang benar-benar halal, terutamanya dalam aspek makanan adalah satu kewajipan yang perlu diutamakan.

“Berapakah harga halal kita? Di luar negara kita amat menjaga halal haram. Tetapi bila di Malaysia, apa yang anak-anak kita makan, yang jadi darah daging… inilah perkara yang perlu kita fikirkan sama-sama dan ingatkan kawan-kawan kita yang lain.

“Sebabnya jika nilai halal ini kecil dalam diri kita, tak tahulah. Sebab orang yang menjaga iman ini memutuskan sesuatu bukan menurut logik tetapi menurut syariat.

“Orang beriman buat keputusan berdasarkan iman, bukannya fikiran semata-mata,” kata Coach Fadzil dalam satu paparan di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau menjelaskan, proses sembelihan yang halal adalah sedikit lambat kerana haiwan tersebut perlu dipastikan benar-benar mati.

Ini kerana, binatang yang dianiaya dengan cara yang tidak mengikut syarak, bila menjadi darah daging, menyukarkan kita menerima hidayah.

“Selepas sembelih, ayam itu akan dimasukkan ke dalam air panas untuk menanggalkan bulunya. Kemudian baharulah ia diproses. Jika ayam yang disembelih terus dimasukkan ke dalam air panas, ia tidak betul dari segi syarak.

“Sekiranya ayam masih hidup sebelum memasuki air panas, maka ayam itu mati kerana lemas. Bila ia mati kerana lemas, ia tidak menepati kaedah dalam Islam kerana ia mati bukan kerana sembelihan,” jelasnya lagi.

Coach Fadzil turut berkongsi pengalamannya bertemu pemilik Ayam AzZain, iaitu Dr. Zainol Ahmad Haja yang mengaplikasikan teknologi dalam proses sembelihan ayamnya.

“Saya pernah bertemu dengan Dr. Zainol, tuan punya kedai Azzain.

“Dia mempunyai satu alat yang boleh kesan denyutan nadi ayam. Bila ayam melalui alat itu, alat itu akan berbunyi sekiranya ia masih hidup.

“Ayam yang masih bernyawa akan diketepikan,” kongsi Coach Fadzil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here