JKN diarah laksana intervensi kekang HFMD

0
11
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di PICC hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan semua jabatan kesihatan negeri (JKN) supaya melaksanakan intervensi bagi mengekang penularan penyakit kuku, kaki dan mulut (HFMD).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, peningkatan kes berkenaan secara mendadak adalah membimbangkan.

“Jika dibandingkan sebelum tahun pandemik (Covid-19), kes HFMD pada tahun ini adalah lebih tinggi.

Ini adalah sesuatu yang agak membimbangkan, jadi saya telah arahkan semua jabatan kesihatan negeri melaksanakan tindakan intervensi seperti hebahan kepada pejabat daerah dan orang ramai,” kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri KKM di sini, hari ini.

Khairy Jamaluddin turut menyeru ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya meningkatkan kebersihan diri dan anak-anak mereka.

“HFMD merebak menerusi air liur, dan kebiasaannya anak kecil suka meletakkan tangan ke dalam mulut dan bermain permainan mereka.

Ibu bapa juga perlu melihat jika anak mereka bergejala, seperti demam dan kemudian ruam (di tangan dan kaki).

“Jika bergejala, segera dapatkan rawatan, sahkan ia HFMD bagi elak mereka sebarkan penyakit itu di taska atau sekolah mereka,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here