Juruterbang helikopter beli Nasi Ganja dihadap ke mahkamah

0
57
Datuk Mohamed Raffe K Chekku yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

IPOH – Juruterbang bergelar datuk yang mendaratkan helikopter di Padang Ipoh untuk memberi ‘Nasi Ganja’ pada tahun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Datuk Mohamed Raffe K Chekku, 53, membuat pengakuan itu didepan Majistret Jesseca Daimis selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, juruterbang yang merupakan pengarah urusan syarikat itu didakwa tidak mematuhi pelan penerbangan yang dikemukakan apabila
mendaratkan pesawat Bell 505 di lokasi tidak seperti ditetapkan dalam pelan penerbangan.

Kesalahan itu dibaca mengikut Peraturan 77(2) Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 yang boleh dihukum mengikut Peraturan 206(3)(a) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peraturan tersebut memperuntukkan, bagi seorang individu, hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.

Orang ramai pada 23 Julai tahun lalu dikejutkan dengan kemunculan sebuah helikopter yang mengambil tempahan 36 bungkus nasi kandar dikenali nasi ganja di sebuah restoran terkemuka di bandar ini.

Kejadian tersebut menjadi isu apabila pelbagai pihak, termasuk Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap kes berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here