Kadar BR dan BLR Maybank dinaikkan mulai 13 Mei ini

0
133
Menara Maybank

CYBERJAYA – Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei ini susulan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Menurut Maybank dalam satu kenyataan, BR Maybank akan lebih tinggi daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun, manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus.

Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun dan daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus masing-masing.

Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 9 Julai 2020 apabila ia dikurangkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 1.75 peratus setahun berikutan penurunan OPR dengan kuantum yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here