Kain pelekat bantu bapa bawa anak naik motor 

0
71
Seorang lelaki dibantu oleh pihak polis selepas ditahan kerana penunggangannya yang boleh mendatangkan bahaya.

RAWANG – Seorang bapa sanggup bergadai nyawa mengendong anaknya dengan ikatan kain pelikat sambil menunggang motosikal di kilometer (KM) 435.1 arah utara selepas selesai berhari raya di kampungnya semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Facebook berkata, bapa dan anak berusia sembilan tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chow Kit, Kuala Lumpur selepas pulang beraya dari kampung.

“Koperal Fitdros Saman dan Koperal Nazruddin Syazwan telah ternampak seorang penunggang motosikal dalam keadaan mengendong anak dengan ikatan kain pelikat di tubuh badan kanak-kanak tersebut di KM435.1 (arah selatan).

“Melihat situasi tersebut, mereka telah berhenti dan bertanyakan apa yang boleh dibantu dan semakan mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur sembilan tahun,” katanya

Dalam pada itu, anggota peronda berkenaan juga telah menjelaskan tindakan yang dilakukan oleh si bapa berbahaya dan mendatangkan risiko dan oleh sebab itu mereka ditahan polis.

“Atas faktor keselamatan, mereka menghubungi Pegawai Turus Lebuhraya Zon Tengah A bagi membawa dan menghantar kanak-kanak lelaki tersebut sambil diiringi ayahnya ke kediaman mereka,” kata kenyataan itu.

Selain itu, rata-rata netizen memuji sikap anggota polis berkenaan kerana sikap prihatin mereka yang sanggup membantu orang awam dalam kesusahan.

“Sungguh mulia hati anggota polis trafik ini, kebaikan kalian hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” tulis seorang lelaki di ruangan komen hantaran itu semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here