KDN persoal tindakan UNHCR beri kad pelarian sewenangnya

0
18
Hamzah Zainuddin

KAPAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) memberikan kad pengesahan pelarian kepada beberapa individu warga Indonesia.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, menerusi operasi penguatkuasaan, pihaknya berjaya mengesan beberapa warga Indonesia yang didapati memiliki kad pelarian yang dikeluarkan UNHCR.

“Macam mana UNCHR mengeluarkan kad sewenang-wenangnya, sehinggakan dengan ada kad ini, seolah-olah sah untuk mereka tinggal dalam negara,” katanya dalam sidang media selepas Operasi Penguatkuasaan Imigresen bersama Menteri Dalam Negeri di Pasar Besar Meru, dekat sini.

Operasi malam tadi menyaksikan daripada 704 warga asing yang diperiksa, 51 pendatang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.

Sementara itu, mengulas kegagalan sistem di Pejabat Imigresen Kelana Jaya yang dilaporkan sebuah portal hari ini, Hamzah berkata ia bukan sahaja berlaku di pejabat berkenaan tetapi juga di pejabat imigresen di tempat lain.

“Saya nak maklumkan kepada semua sebenarnya kita gunakan ini (dalam talian) adalah sistem yang lama. Maka sudah tentulah sistem lama dah terlampau ramai, dia ada ‘jammed’ sedikit.

“Sebab itu kita telah pun ‘award’ kepada satu syarikat sistem yang baharu dan mereka sedang jalan (proses itu) dan insya-Allah tahun 2024 siap semuanya, kita boleh guna sistem yang lebih canggih dan bagus,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here