Kebangkitan di 15 minit terakhir bawa Manchester City julang semula kejuaraan EPL

0
21
Pasukan Manchester City berjaya mengekalkan kejuaran EPL selepas menewaskan Villa awal pagi tadi. Kredit foto page Manchester City

MANCHESTER – Pasukan Manchester City berjaya mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berjaya bangkit semula daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Villa 3-2.

Skuad Pep Guardiola itu berjaya bangkit dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 15 minit sebentar tadi.

Pemain Ilkay Gundogan masuk dari bangku simpanan untuk meledak dua gol dengan Rodri juga menemui sasaran.

Kemenangan itu sekali gus berjaya menyekat pesaing terdekat, Liverpool untuk merampas takhta kejuaran dengan menang hanya kelebihan satu mata.

Dalam pada itu, Liverpool berjaya membenamkan cabaran Wolves 3-1 di Anfield namun kemenangan City memusnahkan harapan Liverpool untuk meraih empat kejuaraan.

Selain itu pasukan Chelsea mengekalkan tempat ketiga selepas menang 2-1 mengatasi Watford manakala pasukan Spurs mengesahkan tempat keempat apabila membelasah Norwich 5-0 ketika pencabar utamanya Arsenal turut menang besar mengatasi Everton.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here