Kelantan bakal miliki kolam takungan air di Machang

0
56
TUAN_IBRAHIM_TUAN_MAN2_11032020
Tuan Ibrahim Tuan Man

KOTA BHARU – Kelantan memerlukan sebanyak 500 juta liter air sehari (MLD) bagi menampung keperluan penduduk selain menyelesaikan masalah gangguan air di beberapa kawasan di negeri ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sehubungan itu berkata, sebuah kolam takungan akan dibina di tanah rizab seluas 400 hektar berhampiran Sungai Kelantan.

Menurutnya, pembinaan kolam takungan di Machang yang berkapasiti 500 MLD itu mampu memenuhi keperluan tersebut.

“Projek ini mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk siap pembinaannya.

“Air sungai yang diambil akan ditakungkan terlebih dulu sebelum dibekalkan kepada semua loji yang besar supaya kos rawatan menjadi lebih murah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Khamis.

Memetik laporan Sinar Harian, projek tersebut menurut Tuan Ibrahim turut merangkumi dua lagi komponen yang menelan belanja sebanyak RM1.3 bilion.

Beliau berkata, beberapa loji sedang dibangunkan termasuk di Semerak, Pasir Puteh dan ada juga loji baharu beroperasi termasuk di Kampung Telok di Kota Bharu, Teluk Mesira di Bachok, selain di Ketereh dan Gua Musang.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, KASA juga bercadang memanfaatkan air dari Tasik Tok Uban di Pasir Mas untuk membekalkan air kepada pengguna sekitar kawasan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here