Kelas ‘Super 100’ beri ilmu jana pendapatan sehingga RM10,000 secara percuma

0
19
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, bergambar bersama peserta kelas Super 100 di Malakat Mall hari ini.

CYBERJAYA – Jika di luar orang ramai perlu korbankan beribu-ribu ringgit untuk mendapat ilmu pelaburan, tetapi berlainan pula dengan Kumpulan Malakat Eco yang memberikan tunjuk ajar secara percuma mengenai ilmu kewangan dan pelaburan yang disampaikan sendiri oleh Presidennya, Mohd Fadzil Hashim.

Menurut Coach Fadzil Gold Associate, Haziqah Balqis Hanafi, kelas yang diberi nama “Super 100” itu adalah bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk menjana pendapatan RM10,000 sebulan.

“Selain daripada itu, kita juga akan berikan pendedahan orang awam mengenai kepentingan menyimpan emas di platform Quantum Metal (QM)

“Terdapat dua sebab mengapa pentingnya untuk kita simpan emas, yang pertama adalah emas boleh dijadikan aset dan yang kedua apabila emas disimpan di QM nilai mata wang akan bertukar kepada nilai mata wang AS$ bukan ringgit Malaysia

“Kelas yang kami adakan ini tidak terhad kepada pasukan kami sahaja malah sesiapa sahaja boleh datang ke Malakat Mall secara percuma,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kelas Super 100 ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu bertempat di perkarangan Malakat Mall.

Terdahulu, Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil mengendalikan sendiri kelas tersebut di pusat beli belah itu pada pukul 9 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here