Kenny James, wira negara tumpaskan Botak Chin meninggal dunia

0
82
Petikan akhbar mengenai Kenny James Woodworth yang terlibat dalam penangkapan Botak Chin sekitar tahun 1970-an.

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai kanan polis, Deputi Superintendan (DSP) Kenny James Woodworth, 89, meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pagi tadi.

Mendiang merupakan individu bertanggungjawab menumpaskan penjenayah kejam, Botak Chin atau Wong Swee Chin yang aktif melakukan rompakan besar di ibu kota sekitar tahun 1970-an.

Kenny James merupakan salah seorang daripada 12 anggota cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang dipilih mengganggotai kumpulan ‘Magnificient 12’ yang ditubuh untuk memburu Botak Chin ketika itu.

Pemergian hero negara itu dimuat naik dalam satu kenyataan di Facebook PDRM hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Jasad mendiang akan dibawa ke Gereja Holy Rosary, Kuala Lumpur pada hari ini dan esok bermula 9 pagi sehingga 9.30 malam untuk penghormatan terakhir.

“Sesungguhnya jasa dan bakti yang dicurahkan beliau akan sentiasa dikenang sepanjang zaman dan pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat pasukan serta negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here