Kerajaan bakal mansuh lebih banyak AP

0
17
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan pemansuhan lebih banyak permit import (AP) dalam usaha mengurangkan kenaikan harga barang dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan sedang mengkaji keperluan memansuhkan beberapa lagi AP selain AP bahan makanan yang diumumkan baru-baru ini.

Usaha itu katanya adalah untuk membuka lebih banyak peluang kepada Keluarga Malaysia untuk membawa masuk barang dari luar negara.

“Kerajaan lihat mungkin AP lain akan kaji sama ada hapus kerana ada banyak lagi AP, bukan makanan sahaja.

“Bila AP dihapuskan ia dapat kurang tekanan kita kepada kurangnya penawaran dan mungkin banyak pihak yang terlibat dan harga pun juga akan kurang.

“Jadi kita tunggu kesannya kerana dua kementerian (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) akan bentang (dalam Parlimen) apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerana kalau perang berlaurutan, ia memberi kesan jangka panjang dan kita tengok secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Pada 18 Mei lalu, kerajaan mengumumkan pemansuhan AP bahan makanan yang membolehkan sesiapa sahaja di negara ini mengimport produk dari luar negara bagi menampung masalah kekurangan bekalan, sekaligus mewujudkan persaingan sihat dalam pasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here