Kerajaan cadang bincang RUU Sumbangan Politik 

0
17
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju dengan cadangan untuk mengubal Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, dasar tersebut perlu dibawa terlebih dahulu untuk dibincangkan dengan
Kabinet sebelum sesi libat urus dengan parti-parti politik diadakan.

“RUU baharu berkaitan pengawal seliaan sumbangan politik dipersetujui untuk dibentangkan di mesyuarat jemaah menteri.

“RUU ini penting kerana sehingga kini tiada undang-undang atau peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik dan ia dapat mengelak risiko rasuah serta penyalahgunaan kuasa melibatkan ahli politik yang memberi impak negatif kepada imej negara dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, turut dibincangkan ialah satu pelan komprehensif yang akan menginstitusikan prinsip dan amalan tadbir urus yang baik.

“Pelan ini dikenali sebagai Pelan tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) di semua agensi Kerajaan termasuk badan berkanun kerajaan akan diperkenalkan.

“Satu jawatankuasa juga akan diwujudkan bagi pembangunan MyGovernance ini dan bakal diukur tahap kuaitinya melalui Malaysian Governance Index (MGI),” katanya.

Dalam pada itu, mesyuarat bersetuju supaya Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menjadi agensi berpusat bagi pengurusan harta disita dan dilucut hak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here