Kerajaan kaji semula mekanisme pemberian subsidi

0
31
TENGKU ZAFRUL

CYBERJAYA – Kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi terutamanya dalam sektor dan elektrik bagi memastikan sumber negara ditumpukan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, pemberian subsidi yang dilaksanakan secara menyeluruh seperti yang berlaku kini, turut dinikmati oleh golongan kaya (T20).

“Setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen pergi kepada golongan T20, manakala 15 sen dimanfaatkan B40.

“Jadi, contohnya subsidi tahun ini dijangka melebihi RM30 bilion dan lebih RM15 bilion itu adalah subsidi kepada T20,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian kepada pemberita yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

“Pada Feb 2021, subsidi produk petroleum yang ditanggung kerajaan hanya RM200 juta. Namun, menjelang Jan 2022, ianya adalah RM2 bilion dan pada Mac pula sudah lebih RM4 bilion.

“Manakala, untuk subsidi elektrik pada separuh tahun pertama 2022, kerajaan mengekalkan tarif elektrik untuk semua kediaman iaitu besar dan kecil dengan kos subsidi lebih kurang RM700 juta,” katanya.

Sebagai penyelesaian, Temgku Zafrul berkata, kerajaan sedang mengkaji mekanisme penyelarasan termasuk melakukan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk dibentangkan kepada Kabinet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here