Kes solar: Mahkamah tolak rayuan Rosmah

0
38
Datin Seri Rosmah Mansor

PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan kes rasuah projek solar untuk sekolah-sekolah luar bandar Sarawak, hari ini.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh tiga panel hakim, memetik laporan Malaysia Gazette.

Sebelum ini, rayuan sama yang dibuat di Mahkamah Rayuan juga ditolak.

Panel diketuai oleh Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Ini juga bermakna Mahkamah Tinggi akan mengumumkan keputusan kes ini terhadap Rosmah pada 7 Julai depan.

Rosmah, 70,  ketika ini sedang berdepan pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin yang merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd. (Jepak) untuk dirinya sendiri yang dibuat melalui Datuk Rizal Mansor, melibatkan 15 peratus nilai kontrak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit di sini antara bulan Januari dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak mendapatkan projek itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here