Ketahui apa kelebihan Quantum Metal

0
92
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Tawaran pelaburan emas secara digital melalui Quantum Metal (QM) menawarkan banyak kelebihan berbanding pembelian emas secara fizikal.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, skim pelaburan QM kini menjadi ‘trend’ baharu pelaburan rakyat di negara ini kerana kemudahan yang tersedia melalui transaksi secara online.

Kemudahan itu katanya bermula daripada peringkat awal iaitu kaedah pembelian yang membolehkan pelabur membeli emas pada harga minimum RM10 pada bila-bila masa.

“Biasanya kita beli emas dengan lebihan duit selepas berbelanja untuk keperluan, dan cara ini biasanya memerlukan tempoh yang agak lama untuk kita mengumpul lebih banyak emas.

“Tapi dengan QM, kita boleh membeli dahulu emas dan pada bila-bila, dan kemudian mengeluarkan nilai belian termasuk (85 peratus) untuk tujuan perbelanjaan.

“Dalam kata mudah, kita boleh menggunakan wang gaji kita setiap bulan untuk membeli emas dan menikmati keuntungan daripada kenaikan nilai emas tersebut,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, kelebihan yang ditawarkan oleh QM dan tidak oleh platform-platform lain itu menjadi sebab ia begitu popular pada masa ini.

Selain itu katanya, urusan pembiayaan atau pelaburan emas secara online juga memudahkan pelabur melakukan jual beli pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon.

“Kemudahan ini tidak tersedia dalam pelaburan emas fizikal kerana kita perlu ke premis untuk membeli atau menjual semula emas,” katanya.

Kelebihan lain juga termasuk kemudahan untuk melakukan pembelian pada nilai minimum serendah RM10 berbanding emas fizikal yang hanya boleh dibeli pada berat 1 gram.

“Itu belum mengambil kira kos upah dan lain-lain yang menjadikan kos belian bagi setiap berat itu menjadi lagi mahal.

“Sedangkan sekiranya kita beli emas secara digital, kita sebenarnya membeli emas dalam perkongsian yang lebih besar, tapi kos sama dengan harga pasaran.

Selain itu tambah beliau, skim pelaburan emas biasanya mengenakan kadar upah simpan yang tinggi iaitu kira-kira 1 peratus sebulan berbanding QM yang hanya mengenakan caj 3.5 peratus upah simpan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here