Ketua Menteri Melaka nafi letak jawatan

0
20
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali

CYBERJAYA – Datuk Seri Sulaiman Md Ali, menepis dakwaan beliau sudah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka hari ini.

Beliau berkata, dakwaan itu sengaja diada-adakan bagi menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini adalah dakwaan yang berniat untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri Melaka yang saya terajui selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

“Pada ketika ini saya berada di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina bagi mengetuai misi pelaburan negeri dan menghadiri Sarajevo Business Forum 2022.

“Misi ini adalah untuk melihat peluang-peluang pelaburan di sini serta untuk menarik pelaburan asing ke negeri Melaka dan dalam masa yang sama saya juga memberikan perhatian dan mengikut rapat perkembangan yang berlaku di negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, Isu sebegini tidak sepatutnya timbul terutamanya ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) Melaka sedang fokus memperkukuhkan usaha dan tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen yang telah hilang semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Sejak beberapa hari lalu tular satu dakwaan yang mengatakan beliau sudah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka baru-baru ini.

Sulaiman sebelum ini dilantik semula ke jawatan itu selepas BN berjanji untuk mengangkat semula Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lendu itu sebagai ketua menteri sekiranya BN berjaya menang PRN itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here