Khairul Aming tidak segan pandu Bezza walau jualan sambal cecah RM7.5 juta 

0
140
Ciapan Twitter Khairul Aming yang mendapat perhatian netizen

CYBERJAYA – Kalau sudah nama pun usahawan berjaya, memiliki kereta mewah itu merupakan perkara biasa walaupun ada yang baharu setahun jagung mula berniaga sudah memiliki Ford Mustang, Nissan GTR, Ferrari dan bermacam-macam lagi.

Namun lain pula ceritanya bagi seorang “content creator” bernama Khairul Aming yang terkenal dengan video masakannya di mana dia lebih selesa memandu kereta Perodua Bezza untuk kegunaan harianya dan juga pulang ke kampung.

Menurutnya dia berasa puas menggunakan kereta Bezza untuk pulang ke kampung halamanya yang terletak di Kelantan kerana penjimatan minyak serta bonet yang luas membolehkannya membawa barangan untuk

“So far I’m so happy with my Bezza, bonet luas, legroom luas, minyak jimat dan selalu guna travel pergi balik Kelantan.

“Barang-barang untuk shooting pun muat masuk dalam bonet, dah guna dua tahun dan secara keseluruhan memang puas hati,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga berasa kagum dengan sikap rendah diri Khairul Aming yang hanya menggunakan “kereta rakyat marhaen” walaupun jualan Sambal Nyetnya mencecah RM7.5 juta sebulan.

“Dengan viralnya ciapan Khairul Aming itu nampaknya jualan kereta Bezza akan meningkat dan orang ramai juga akan menunggu lebih lama untuk membeli model kereta itu,” kata netizen dengan nada seloroh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here